Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sampaikanlah PesanKu Biarpun
Satu Ayat

Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya 'Bahawasanya Allah
telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .

info nicked from:here
SALAM RAMADHAN kepada seluruh umat islam, semoga kite semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenang dan sempurna, InsyaAllah.

3 comments:

baincardin said...

Selamat menyambut Ramadhan Bai! Bain mohon maaf kalau ada salah dan silap ya! :)

baizurah abdullah said...

selamat berpuasa to bain n wife..1st ramadhan yer ngan wife :P..bai pun sama nak minta maaf kalau ade salah silap..:D

baincardin said...

betul tu..1st Ramadhan ngan my beloved wife :)